Selamat malam saya ucapkan kepada semua pembaca Stupid Little Coconut yang disayangi sekalian. Hari ini tajuk karangan saya ialah Mudah/Senang.
Mudah, maksudnya tidak susah. Tidak mudah, maksudnya susah. Kenyataan ini memang sudah menerangkan ayat Mudah dengan jelas sekali kan? Kan mudah sangat kalau mahu memberitahu orang lain apa itu mudah?
Semua orang memang suka barang/perkara yang mudah atau senang. Tidak kira sama ada kita ini bayi, kanak-kanak, orang dewasa ataupun orang tua, kita asyik sanjungi kehidupan yang mudah/senang.
Apabila masih kecil, kita selalu harap semua soalan ujian senang, kalau boleh mengikut apa yang kita pelajari lagi bagus.
Apabila sudah mula bekerja, kita harap kerja kita itu senang, ringan dan tidak perlu fikir banyak. Tetapi gaji mesti tinggi dan kebajikan yang lumayan.
Apabila semakin tua, kita harap pula tidak perlu selalu masuk hospital tengok doktor. Tidak perlu bimbang pasal duit. Tidak perlu risau pasal anak-anak. Hanya mahu kehidupan yang senang saja.
Tetapi sebenarnya, ada berapa kali kita dapat perkara yang senang yang kita harapkan itu? Semakin membesar, kita semakin mendapati bahawa keinginan kita ini tidak realistik. Kita kena bersusah payah untuk mencapai impian kita. Pernah dengar orang cakap bersenang-senang?
Sekarang saya baru menyedari bahawa menulis dalam Bahasa Melayu memang bukan satu perkara yang mudah/senang. Walaupun saya ada peluang ber-MSN dengan kawan saya dalam Bahasa Melayu, tetapi kami sudah campur banyak bahasa rojak dalam perbualan kami. Jadi sekarang apabila saya mahu guna sesetengah perkataan, saya tidak dapat. Sebab memang sudah lupa, sudah pulangkan kepada sekolah.
Sekian terima kasih. Jangan ketawa lagi!!!!
4 comments:
Encik, karangan engkau ni kira bagus la..
Bahasa tu tak la cacat sangat, dan pandai pandai awak tulis panjang..
Engkau memang number satu!! haha
Ada punya lebih bagus :)
oi.. abang.. itu Anda.. bukan Ada..
Salah tuliskan.
Jangan malu.. sedangkan semua orang puji anda.. ambil saja.
Jangan bazir.. haha...
Ini orang.. kenapa dia dapat ingat semua benda dulu-dulu punya..
Sekarang, saya percaya dia orang tua.
saya memang mahu cakap Ada punya karangan bagus juga.
eh, rumah awak macam sangat dekat, sekejap saja awak sudah balik dan browse net ....
Post a Comment